anda klik saya,saya klik anda

Tuesday, March 30, 2010

IPTA perlu jana pendapatan sendir

SERDANG 29 Mac - Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diminta menjana sendiri pendapatan antara 15 hingga 25 peratus bagi menampung kos operasi tahunan masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian akan mengurangkan peruntukan operasi IPTA secara sistematik bagi membolehkan universiti terbabit berdikari terutama universiti yang berstatus autonomi.

''Kementerian belum menetapkan secara khusus pendapatan yang perlu dijana oleh IPTA tetapi perkara ini akan ditekankan pada masa akan datang.

''Kami percaya IPTA mampu menjana pendapatan sendiri memandangkan ada sebuah IPTA yang berjaya menjana pendapatan sebanyak 30 peratus setahun berdasarkan kepada peruntukan tahunan yang diberikan oleh kerajaan manakala beberapa IPTA lagi berjaya menjana 20 peratus pendapatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Taman Sains Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah dan Timbalannya, Profesor Datuk Dr. Abu Bakar Salleh.

Taman Sains Putra merupakan taman sains berkonsepkan komuniti bermaklumat yang menggabungkan komponen dalam kampus iaitu sumber manusia, kepakaran, kemudahan, peralatan, latihan dan penemuan penyelidikan dengan komponen luar seperti inkubator, dana usahawan dan komuniti.

Mohamed Khaled memberitahu, IPTA pada dasarnya mampu menjana pendapatan sendiri kerana mempunyai sumber tenaga manusia yang banyak terutama memiliki penyelidik-penyelidik berkaliber.

''Matlamat ini boleh dicapai menerusi pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) bermutu tinggi khususnya dalam sektor industri serta perniagaan yang mampu memberikan pulangan lumayan sekali gus membantu menjana pendapatan sesebuah universiti.

''Kita juga sedang berunding dengan Kementerian Kewangan bagi mengkaji kadar bayaran baru untuk diberikan kepada pensyarah yang melakukan kerja-kerja perundingan sekurang-kurangnya sama seperti kadar di sektor swasta," katanya.

Beliau memberitahu, kadar bayaran yang terlalu rendah menyebabkan ramai pensyarah melakukan kerja-kerja perundingan secara senyap yang merugikan pihak universiti

2 comments: